Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar
Kesan Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran
alam sekitar telah memberi kesan yang buruk terhadap hidupan di dunia
pada masa kini. Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat
daripada pencemaran alam sekitar ialah terhadap udara, suhu persekitaran
dan lain-lain. Pencemaran pada hari ini semakin berterusan dari semasa
ke semasa. Sememangnya pencemaran alam sekitar memberi kesan buruk.
Pencemaran
udara memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan di dunia
ini. Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu
Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan
pertumbuhan. Barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang
mudah mengalami kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain
itu, tomato, kekacang, bayam dan kentang juga mengalami kerosakan dengan
adanya gas ozon di udara. Keadaan ini menyebabkan bumi kekurangan
sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk di bumi juga
terganggu.
Seterusnya,
bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.
Haiwan – haiwan akan kehilangan habitat kerana bahan tercemar telah
memusnahkan tempat tinggal mereka .Maka,haiwan - haiwan terbunuh dan
spesis-spesis yang istimewa juga akan menghadapi kepupusan. Bahan-bahan
tercemar seperti sulfur dioksida yang terlepas ke udara oleh kenderaan
akan menyebabkan penghadaman makanan haiwan terjejas. Hal ini
menyebabkan haiwan-haiwan kehilangan nyawa kerana bahan – bahan toksid
di udara ini telah diserap ke dalam tubuh badan haiwan tersebut. Sebagai
contohnya, gajah,harimau,kuda-kuda,singa dan sebagainya.
Pencemaran
udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur,
alat penyaman udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini
menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi.
Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser
kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan juga hidupan lain. Pancaran
matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairaan kepada
ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Selain
itu,kesan yang paling ketara dan sedang hangat diperkatakan oleh
seluruh warga dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang
disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan
lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini yang dapat
dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh
pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara. Gas
karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat , persekitaranya menjadi
panas. Penyusutan lapisan ozon juga adalah faktor utama kejadian
pemanasan global ini. Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi
panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga
berlakunya kejadian alam yang tidak normal.Sebagai contohnya,kegiatan
tsunami yang berlaku di Indonesia telah banyak mengorbankan nyawa
manusia dan harta benda. Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit
sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini dan juga menjejaskan
kualiti udara.
Pencemaran
bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran
dengan keadaan bunyi yang bising sehingga tahap yang melampau.
Pencemaran bunyi akan menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan
menjadikan kehidupan manusia serta kehidupan lain terganggu. Haiwan
juga berasa takut dan ingin berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap
dan nyaman. Hal ini akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem.
Pencemaran
bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta dan
juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu
lebih daripada 120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah
serta kerosakan tulang kecil pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan
pendengaran kekal. Pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu
lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan merosakkan koklia dan
menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan kemungkinan juga
akan menjadi pekak secara perlahan-lahan
Kesimpulannya,
pencemaran alam sekitar memang memberi kesan buruk kepada seluruh alam
sekitar di bumi ini. Saya berharap pihak berwajib dapat memantau supaya
pencemaran ini dapat dikurangkan supaya kehidupan di bumi ini lebih
selesa.
YON SOK CHIN
205784
Kesan-kesan Pencemaran Tanah dan Air
Pencemaran
tanah bermaksud perbuatan atau bencana semula jadi yang berlaku kepada
sesuatu kawasan sehingga kawasan tersebut telah bertukar warna , tidak
subur atau berlakunya hakisan. Ia boleh di bahagikan kepada dua jenis
iaitu dalam bentuk cecair atau pepejal. Kebanyakan bahan pencemar ini
adalah terdiri daripada organik atau kimia. Tahap pecemaran adalah
serius apabila sesuatu kawasan tanah telah bertukar warna , tidak subur
serta tumbuh-tumbuhan dikawasan tersebut menjadi layu. Kebanyakkan tanah
yang tercemar adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia itu
sendiri. Sebagai contoh ialah perlombongan, penebangan hutan yang
memyebabkan aliran tanah dari darat ke laut, pembuangan sampah-sarap,
sisa toksik dan kumbahan yang tidak terkawal,dan tumpahan minyak dan
pembuangan sisa nuklear ke dalam laut.
Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang akan
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
menjadi tempat pembiakan kuman penyakit. Tikus, lipas, lalat dan haiwan-haiwan
perosak yang lain akan tertumpu di kawasan tersebut dan menyebarkan kuman-kuman ke tempat-tempat lain. Makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,jika dimakan oleh manusia akan menyebabkan keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius. Sekiranya serius, akan membawa kematian kepada manusia atau munculnya penyakit baru yang bahaya seperti H1N1 dan SARS yang mudah berjangkit.
Satu
lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah
salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ia
bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga
mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga
gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan
tanah. Contohnya negara Jepun yang sering berlaku gempa bumi akibatnya
ramai manusia kehilangan harta benda.. Antara aktiviti-aktiviti manusia
yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum
bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada
dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat. Selain itu,
pembinaan rumah-rumah di tengah bukit juga akan menyebabkan tanah runtuh
apabila berlaku hujan kilat. Nyawa manusia yang tinggal di
tengah-tengah bukit dan di kaki bukit akan tergugat.
Kesan
daripada pencemaran tanah ini kepada dunia sangat ketara seperti
pencemaran-pencemaran lain juga. Ianya juga memberi kesan yang cukup
buruk terhadap kesihatan manusia dan hidupan-hidupan lain. Pembuangan
sampah-sarap, sisa toksik dan nulear akan menjadikan kawasan tanah
beracun dan tidak sesuai untuk didiami oleh manusia dan haiwan. Contoh
letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai
sehingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat
daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitar
tersebut telah dipindahkan ke tempat lain.
Pencemaran
air berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan,
warna dan kualiti sehingga tidak sesuai untuk diguna dan akan memberi
kesan kepada para pengguna apabila menggunakan air tersebut. Pencemaran
berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizikal. Pencemaran air
bukan hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai, tasik
kolam dan sebagainya sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Punca
utama yang mengakibatkan pencemaran ini adalah daripada bahan pencemar
dari kilang-kilang yang berdekatan. Keadaan atau tahap pencemaran sumber
air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti
air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia (BOD),
zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu pencemaran fizikal, kimia, fisiologis dan biologi. Pencemaran fizikal ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan kekeruhan sumber air tersebut. Punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis ini ialah seperti pembuangan sampah. Manakala pencemaran kimia biasanya disebabkan oleh zat organik termasuk protein, karbohidrat, lemak dan bahan buangan industri yang mengandungi garam beracun serta tumpahan minyak di laut.
Kesan-kesan
daripada pencemaran air ini menimbulkan pelbagai masalah kepada
hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri.
Bahan-bahan yang dibuang ke dalam sungai akan menyebabkan hidupan
akuatik tersebut mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air
yang telah tercemar ini. Manusia juga akan mendapat penyakit yang
serius jika mengambil sumber makanan hidupan air tersebut. Selain
itu, manusia akan mendapat penyakit jika terminum air yang penuh
bahan-bahan cemar seperti lumpur, pasir dan batu halus, karat besi,
bahan buangan industri, logam berat, racun rumpai, bakteria, virus,
dan haloform.
Pencemaran
air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga
iaitu jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang
dicemari dengan bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini
dikatakan menyebabkan lebih tiga juta kematian setiap tahun kerana
cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
|
Selain
itu pencemaran air juga menjadi punca kepada banjir yang berlaku di
dunia pada masa kini. Banjir-banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh
tersumbatnya parit yang sepatutnya mengalirkan air ke laut. Disebabkan
oleh pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai yang menyebabkan sampah
sarap menyumbatkan aliran air tersebut. Selain daripada itu air juga
menjejaskan keindahan alam. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan
sampah-sarap dan air yang kotor menjengkelkan dan tidak indah untuk
dipandang akibat daripada pembuangan sampah-sarap ke lautan. Sesetengah
kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan sisa-sisa kilang.
Tetapi, apabila berlaku hujan lebat atau loji pecah, sisa-sisa ini akan
terkeluar dan menyebabkan dua masalah iaitu, pertama ialah jika sisa ini
mengalir di permukaan, maka ianya akan mengalir di dalam sistem saliran
terutamanya parit dan sungai. Masalah kedua pula ialah sekiranya sisa
ini mengalir ke dalam sistem bawah tanah yang akan menyebabkan sistem
air bawah tanah tercemar.
Kesimpulanya pelbagai langkah yang berkesan haruslah di ambil untuk
mengatasi masalah-masalah pencemaran daripada berleluasa. Barulah
generasi yang akan datang mempunyai persekitaran yang baik dan bebas
daripada pelbagai pencemaran.



Tidak ada komentar:
Posting Komentar